Hampir 6,000 hektar kawasan tanaman padi dibawah MADA di Kedah dan Perlis, rosak disebabkan banjir yang berlaku sejak pertengahan bulan lalu hingga kini melibatkan 2,759 pesawah.

Pengerusi MADA,Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, permohonan untuk menyalurkan bantuan kepada pesawah berkenaan telah dibuat.

Ia menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Banjir di kawasan tersebut berlaku disebabkan taburan hujan yang tinggi dikawasan dataran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini