Hampir 73,000 kebakaran hutan direkodkan berlaku di Brazil dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini…kata Wakil Program Amazon Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), Ricardo Mello. Angka itu meningkat berbanding sepanjang tahun lalu, iaitu 40,000 kes. Data rasmi Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan berkata angka itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 2013. Peningkatan aktiviti penebangan hutan katanya menjadi punca ia meningkat hampir sekali ganda.Insiden kebakaran hutan dilaporkan meningkat menjelang berakhirnya musim kemarau pada penghujung Oktober atau awal November depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini