Keupayaan operasi Pelabuhan Kemaman akan dipertingkatkan menerusi pemasangan dua kren gergasi dan pembesaran kawasan dermaga melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

Projek fasa pertama perlu dilaksanakan selepas dua syarikat gergasi kilang pemprosesan besi keluli akan memulakan operasi dan meningkatkan kapasiti pengeluaran menjelang 2024. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebuah syarikat tersebut – JXR Manufacturing akan mengambil alih tapak operasi bekas kilang PERWAJA dan akan beroperasi sepenuhnya menghasilkan produk besi keluli ‘Steel billet’ pada 2024 berjumlah 7 juta tan kargo setahun.
 
Manakala, syarikat Eastern Steel Sdn Bhd-ESSB, pengguna utama Pelabuhan Kemaman ketika ini akan melaksanakan pembesaran kilang bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 1.5 juta tan kargo kepada lima juta tan kargo setahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini