Hampir RM1 juta jumlah tunggakan yang perlu dibayar oleh 113 daripada 297 nelayan peserta rumah sewa di Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani, Kedah. Malah, terdapat peserta menunda bayaran sehingga dua tahun.

Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Azman Nasruddin berkata, pihak kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap mereka bertindak melangsaikan hutang masing-masing.

Katanya kerajaan telah pun beberapa kali mengeluarkan notis peringatan untuk pembayaran hutang tersebut. Nelayan menerima rumah berkenaan menerusi skim sewa beli sejak 2016 dengan perlu membuat pembayaran sebanyak RM150 sebulan bagi tempoh 30 tahun.

Beliau bercakap kepada media selepas Gotong Royong dan Penyampaian sumbangan kotak makanan sempena sambutan Juble Emas LKIM di Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Seramai 50 nelayan menerima sumbangan tersebut.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini