Setelah hampir tiga tahun, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi, LIMA 2023 bakal membuka tirainya pada 23 sehingga 27 mei tahun hadapan.

Pameran terbesar seumpamanya di Asia Pasifik itu di jangka bakal menarik sekurang-kurangnya 600 pempamer dan melibatkan lebih 20 Negara.

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, penganjuran acara Dwi-tahunan itu sebagai bukti keseriusan negara dalam industri Maritim dan Aeroangkasa selain merancakkan perkembangan ekonomi negara.

Bagi LIMA Edisi 2023, beberapa pembaharuan bakal disaksikan termasuklah, pengenalan segmen pertunjukan dan perlumbaan dron, segmen teknologi angkasa, dan program menyeluruh untuk remaja.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini