Sebanyak 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi. 

Setakat semalam, 22,876,224 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dapatan itu berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula,  2.763 juta individu atau 87.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Semalam sahaja, sejumlah 252,817 dos vaksin diberikan.

Ia melibatkan 2, 898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini