Hanya 3 aduan diterima daripada orang ramai berkenaan kenaikan harga barang kawalan selepas seminggu perlaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Perkembangan positif itu dimaklumkan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam. 

Sehingga 5 petang tadi, operasi telah dilakukan melibatkan 12,474 premis.

28 peniaga diambil tindakan atas kesalahan meletakkan harga melebihi yang ditetapkan.

Kawalan harga terhadap 12 barangan seperti ayam, beberapa gred telur ayam dan 6 jenis sayuran akan terus dikuatkuasakan sehingga 31 Disember ini di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini