Hanya 68 peratus atau 883 wanita di Kedah mendapatkan perkhidmatan saringan pengesanan kanser payudara.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata jumlah yang direkodkan sehingga Oktober tahun ini, adalah jauh dari yang disasarkan sebanyak 1,300 orang.

Manakala bagi ujian HPV DNA pengesanan awal kanser servik, 86 peratus daripada 550 yang disasarkan mendapatkan perkhidmatan tersebut dalam tempoh sama.
 
Justeru beliau menyarankan  golongan wanita dan ibu di Kedah mengambil peluang dan kemudahan yang disediakan bagi memastikan tahap kesihatan terjamin sekaligus memenuhi aspirasi keluarga Malaysia.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kedah anjuran  LPPKN di Kampung Ulu Legong, Baling.
 
Sebanyak RM11 juta diperuntukkan oleh  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM kepada 50,000 wanita seluruh negara bagi menjalani kedua-dua ujian percuma itu yang dijalankan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini