Hanya atlet elit sahaja akan disenaraikan untuk aksi Malaysia pada Sukan SEA Vietnam, tahun depan.

Itu pengumuman terbaharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sekali gus tiada lagi istilah ‘medan pendedahan buat atlet pelapis’.

Menurut Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, tempoh masa sehingga Februari 2022 akan digunakan bagi menilai prestasi atlet untuk dipilih ke sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Jelas Tan Sri Mohamad Norza, syarat kelayakan ke Sukan Sea bagi kategori A masih sama iaitu atlet perlu berada di kedudukan tiga teratas.

Manakala syarat baharu ditetapkan bagi kategori B, ialah atlet perlu berada dalam kelompok enam terbaik untuk layak berbanding lapan sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini