Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa hanya Jho Low boleh mengesahkan bahawa arahan
diberi kepada pengurusan tertinggi syarikat terbabit datang daripada Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman mendedahkan perkara tersebut selepas disoal oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, pada perbicaraan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa terdapat dana 1MDB yang diseleweng dan disalurkan kepada pelbagai organisasi untuk manfaat Jho Low.

Sementara itu,Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam akan memanggil seorang lagi saksi iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir untuk memberi keterangan hari ini.

Perbicaraan akan bersambung hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini