Hanya lapan kes aduan diterima Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kanak-kanak yang mengalami kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan jumlah itu hanya 0.006 peratus daripada hampir 247,000 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang telah mendapatkan vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) dimulakan awal bulan ini. Kesan sampingan dialami kanak-kanak terlibat hanya dalam kategori ringan seperti mengalami bengkak dan kesan merah pada tempat suntikan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini