Hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di Negeri Sembilan susulan banjir di tiga daerah pada 1 Januari lalu.

Pusat Kawalan Operasi Bencana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan memaklumkan, setakat ini, PPS di Balai Raya Kampung Puom, Jelebu, masih menempatkan  enam penduduk daripada dua keluarga.

Ia susulan banjir pada 18 dan 19 Disember tahun lalu di daerah tersebut. PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rompin di Jempol yang menempatkan 14 orang daripada dua keluarga sejak 1 Januari lalu, telah ditutup semalam.

Manakala, PPS SK Sungai Kelamah di Tampin yang sebelum ini menempatkan 872 penduduk daripada 232 keluarga juga telah ditutup semalam.

Hujan lebat berterusan lebih dua hari bermula 31 Disember lalu mengakibatkan beberapa kawasan di lima daerah di Negeri Sembilan dilanda banjir kilat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini