Hanya segelintir daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19. Perkara ini tidak harus menjejaskan fokus kerajaan dalam usaha pembangunan negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata penjawat awam yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 mengikut jabatan adalah terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan penjawat awam yang ada ketika ini.

Tumpuan utama JPA adalah ke arah pembangunan negara, melaksanakan Belanjawan 2022 serta Rancangan Malaysia ke-12 dengan baik dan lancar.

Perkhidmatan awam memainkan peranan besar dalam pembangunan negara. Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Seremban.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini