Pengguna mungkin berdepan kenaikan harga ayam selepas perayaan Tahun Baharu Cina berikutan kenaikan kos pengurusan ternakan itu.
 
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sesi libat urus telah dilaksana pihaknya bersama Kementerian Kewangan,  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, serta Persatuan Penternak bagi membincangkan mengenai harga dan bekalan ayam.
 
Ketika ini, ayam standard dijual pada harga maksimum RM9.10 sen sekilogram.
 
Datuk Seri Alexander ditemui selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.
 
Sumbangan berbentuk makanan kering serta penyembur air berkuasa tinggi diberi untuk kegunaan pembersihan rumah penduduk terjejas banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini