Harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan menjelaskan langkah proaktif sentiasa diambil untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran.

Antara langkah yang diambil ialah melanjutkan tarikh akhir pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dijadualkan 31 Disember lepas, kepada 4 Februari ini.

Kerajaan juga mengimport ayam bulat sejuk beku dan memberi kemudahan ‘pinjaman mudah’ kepada industri penternakan ayam negara bagi membantu pengusaha menangani kenaikan harga baja dan racun.

Usaha mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 1.000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan sedang dilakukan. Langkah itu diusahakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Demikian tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan di laman facebook.

Jelas beliau, dengan penambahan bekalan di pasaran, ia akan mewujudkan persaingan sihat yang seterusnya dapat mengawal dan mengimbangi harga ayam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini