Seberang Perai – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menetapkan harga maksimum baharu di Semenanjung bagi empat bahan mentah iaitu ayam segar, telur, sawi dan kacang panjang, bermula esok.

Penurunan harga itu ditetapkan menerusi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bagi memastikan pengguna menikmati pembelian pada harga berpatutan.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, penetapan itu juga antara usaha memastikan bekalan barangan tersebut tidak terputus mengikut lokaliti dan situasi semasa.

Pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran berhubung penurunan harga sebaliknya mengikut trend terkini untuk memastikan tidak berlaku kenaikan sepanjang tempoh SHMKM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini