Penurunan harga ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang, bermula hari ini di seluruh negara.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata keempat-empat barangan itu terlibat dalam pelarasan harga sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan.

Penurunan harga itu ditetapkan menerusi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bagi memastikan pengguna menikmati pembelian pada harga berpatutan.
 
Ia juga antara usaha memastikan bekalan barangan tersebut, tidak terputus mengikut lokaliti dan situasi semasa.

Azman ditemui media, selepas melakukan pemantauan harga Op Back To School dan SHMKM di Pasar Raya Mydin di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini