Berkuat kuasa Ahad ini,harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19, ditetapkan pada RM19.90 sen, bagi setiap set. Manakala harga borong ditetapkan RM16, satu set.

Penetapan harga maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 itu diumumkan menerusi kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin. 

Penentuan harga maksimum borong dan runcit kit ujian pantas antigen COVID-19 dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga. Kenyataan turut menyebut sesi libat urus telah diadakan bersama pemain industri tempatan serta pengimport bagi menentukan harga kawalan yang berpatutan.

Mulai 5 September juga, KPDNHEP akan membuat kawalan ke atas harga borong dan runcit maksimum bagi kit ujian tersebut, seperti yang tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat, STAR bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini