Bekalan pekerja asing yang terhad, kos baja yang tinggi dan varian Omicron mungkin menjejaskan pemulihan pengeluaran minyak sawit mentah, tahun ini.

Tiga faktor tersebut dikemukakan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit, CPOPC dalam laporan prospeknya.

Bagaimanapun, bekalan minyak sawit mentah yang terhad dijangka melonjakkan harga komoditi itu pada separuh pertama 2022.

Majoriti menjangkakan, harga minyak sawit kekal tinggi dalam tempoh separuh pertama 2022 dan berada dalam aliran rendah pada separuh kedua.

Laporan juga menyebut, kos baja yang tinggi disebabkan gangguan rantaian bekalan bakal menyebabkan pengurangan penggunaan baja, sekaligus menjejaskan pengeluaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini