‘Program Jualan Keperluan Asas Untuk Keluarga Malaysia; akan dilancarkan hari ini melibatkan pelbagai barangan harian dengan harga antara 15 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.


Program merupakan Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selain penglibatan beberapa agensi berkaitan perbekalan.

Antara barangan keperluan ditawarkan termasuk ayam proses standard, telur ayam, ikan segar dan sejuk beku selain pelbagai sayuran antaranya cili merah, bawang besar, tomato, sayur berdaun, kubis dan kentang.

Inisiatif  akan diperluas ke seluruh negara terutama di kawasan bandar utama, pinggir bandar dan pedalaman

Program bakal dilancarkan Perdana Menteri, di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini