Harga barangan makanan terutama sayur akan dapat distabilkan menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, kementerian memberi jaminan perkara itu akan dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Katanya, kenaikan itu disebabkan  beberapa faktor namun ianya kini berada dalam kawalan pihak berkuasa.
 
Bagaimanapun, kenaikan harga tersebut tidak menjejaskan bekalan sayur import dan tempatan.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Ahmad memberitahu, MAFI kini sedang bekerjasama dengan KPDNHEP dalam usaha untuk memastikan harga terkawal dan bekalan sentiasa mencukupi.
 
Beliau turut menyarankan orang ramai untuk memilih sayur tempatan berbanding sayur import buat masa ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Agroinvest MARDI 2021 di Banda Hilir, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini