Harga siling ayam dan telur di pasaran tempatan dijangka meningkat selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat Februari depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan kenaikan kos operasi perniagaan dan pengurusan ternakan itu.

Pada masa sama, mengimbangi situasi menang-menang antara pengguna dan penternak.

Bagaimanapun, kenaikan masih diteliti dan dikaji selepas diputuskan menerusi sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Persatuan Penternak di Putrajaya, semalam.

Ketika ini, ayam standard dijual pada harga maksimum RM9.10 sekilogram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini