Harga siling bergerak yang berubah mengikut faktor harga input akan diperkenalkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menjamin ekosistem sekuriti makanan yang lebih inklusif dan menyeluruh. Pengenalan harga siling bergerak itu juga seiring perancangan bantuan terus secara bersasar kepada golongan memerlukan seperti diumumkan sebelum ini.

Ekosistem agromakanan juga bakal diperluas dengan rantaian bekalan diterajui Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan.

Koordinasi tersebut akan memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluaran hasil ke tahap optimum selain bekalan terjamin.

Selain itu, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan keluasan tanah bagi kegunaan pertanian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini