Kerajaan akan mengumumkan pengurangan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 pada minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia dilakukan dengan mengambil kira kepentingan rakyat negara ini selain memastikan kenaikan harga tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Kajian terperinci turut dilakukan selain mengadakan proses libat urus dengan pihak-pihak berkaitan.

Sebelum  ini, harga runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 telah ditetapkan pada paras harga RM16 dan RM19.90.

Bagi memudahkan pengguna mendapatkan kit ujian tersebut, pihaknya turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat dan premis yang berminat menjual kit tersebut, membuat permohonan kepada mereka. Setakat ini, KPDNHEP telah meluluskan 2,500 premis atau syarikat untuk menjual kit ujian kendiri di seluruh negara

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini