Harga baharu tambang feri penumpang dari Labuan ke tanah besar Sabah akan mula dilaksanakan bermula 15 Jun ini.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Labuan Holdings Sdn Bhd selaku Pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Mohammad Ridzuan Ibrahim , pihaknya akan mula laksanakan tambang feri daripada RM13 ke RM15 bermula tarikh itu.

Selain daripada semakan semula harga harga tambang dari Labuan ke Menumbok yang telah lama tidak dilakukan, ia juga dilaksanakan bagi menyeragamkan harga tambang RM15 bagi perjalanan dari Menumbok, Sabah ke Labuan.

Ridzuan berkata kenaikan kadar tambang itu telah diluluskan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah pada 2017 dan sepatutnya dinaikkan pada tahun itu, namun telah ditangguhkan.

Namun demikian, pengguna pada masa ini hanya perlu membayar 50 peratus daripada harga sebenar kerana adanya subsidi dari  kerajaan bagi perjalanan dua terminal feri Labuan ke Menumbok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini