Harga tiket bagi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 30 November ini, KEKAL seperti tahun 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif liga Bolasepak Malaysia, MFL, Stuart Ramalingam, MENGESAHKAN empat jenis tiket akan dijual untuk perlawanan akhir itu bermula RM50 sehingga RM150. Tambahnya, meski terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini pihaknya masih mengekalkan harga tiket buat penonton setia kedua pasukan yang akan berentap.

Sebanyak 20,000 tiket tempat duduk terbuka akan dijual mengikut kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun permohonan bagi menambah kapasiti telah diutarakan bagi memeriahkan lagi kejohanan yang masuk usia ke-100 nya tahun ini.

Selain itu MFL juga turut memohon agar penonton dibenarkan makan dan minum di dalam stadium dan berharap permohonan itu akan mendapat pertimbangan sebaiknya daripada pihak MKN.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi pautan WWW.TICKETHOTLINE.COM bermula jam 12 tengah hari Sabtu ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini