Golongan belia diseru agar terus menjadi tunjang dalam membantu kerajaan membangun dan mengembangkan semula ekonomi negara.
 
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, generasi belia Keluarga Malaysia perlu lebih bersemangat dan komited merencana kepimpinan masa depan negara. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2021 peringkat Labuan.
 
Beliau turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Labuan 2021 yang menyaksikan Norizal Md. Jumat dan Emiziliana Kamil, masing-masing dinobat sebagai johan kategori lelaki dan wanita sekali gus menerima hadiah RM3,000 serta sijil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini