Hari ini genap 5 tahun tragedi pesawat MH17 yang ditembah jatuh di ruang udara Ukraine, meragut semua 298 penumpang dan anak kapal.Dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan ahli Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) dan negara-negara lain serta masyarakat antarabangsa dalam mencari keadilan kepada waris 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu. Pihak kerajaan komited menyalurkan maklumat terkini kepada waris mangsa.Kementerian Pengangkutan berkata meskipun sudah lima tahun tragedi ini berlaku, kerajaan akan terus bertanggungjawab dan tegas dalam menuntut keadilan terhadap jenayah kejam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini