Kenyataan Ketua Komunikasi Korporat, PDRM Datuk Asmawati Ahmad memaklumkan, jumlah kematian keseluruhan seramai 159 orang maut. Sejak operasi dilancarkan pada 29 Mei lalu, sebanyak 14 ribu 793 kes kemalangan jalan raya direkodkkan melibatkan 20 ribu 903 buah kenderaan. 19 kes kematian yang direkodkan …adalah di Johor, 5 kematian; 4 di Selangor, masing-masing 2 di Pahang, Terengganu dan Sabah dan seorang di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan. Setakat ini, Selangor merekod jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 4,057 kes, diikuti Johor (2,259); Kuala Lumpur (1,865); Pulau Pinang (1,215); dan Perak (1,163). Selain itu, bagi tempoh sama sebanyak 2,610 operasi dijalankan di seluruh negara melibatkan 197 ribu 541 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Op Selamat akan berkahir pada 12 Jun ini

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini