Inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu Ops Bantu Hingga Selesai atau OPS BAHIS diteruskan untuk hari kedua di ketiga-tiga lokasi iaitu Bukit Changgang; Sg. Lui dan Taman Sri Muda.

Operasi BAHIS hari ini disertai 680 sukarelawan, 3 kali ganda penyertaan berbanding semalam.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Sri Mohammad Mentek serta warga KKMM, Jabatan dan agensi di bawahnya menyumbang tenaga untuk misi di Bukit Changgang melibatkan Kg. Labohan Dagang, Kg. Bukit Changgang dan RTB Bukit Changgang merangkumi  70 buah rumah.

OPS BAHIS berkonsepkan Keluarga Angkat ini menempatkan sekurang-kurangnya 5 sukarelawan untuk bersama-sama membersihkan rumah dan kawasan sekitar di 3 lokasi tersebut.

Daripada 680 sukarelawan itu, 550 adalah daripada KKMM manakala selebihnya sukarelawan rakan strategik seperti Rumah Prihatin, YTL dan Celcom.

OPS BAHIS bukan sahaja membantu membersihkan rumah dan kawasan terjejas banjir malah turut memberi semangat serta sokongan moral.

Daerah Kuala Langat juga merupakan kawasan angkat KKMM bagi tujuan pembersihan pasca banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini