Susulan pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan esok.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan menggalakkan majikan sektor swasta memberi cuti am bergaji kepada pekerja.

Ia memandangkan Hari Kelepasan Am Tambahan itu bukan merupakan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan esok,  sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini