Lebih 200 jemaah menghadiri majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang ke-65 di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala kangsar.

Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah turut berkenan berangkat pada majlis yang bermula kira-kira 12.20 tengah hari.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan disusuli solat Jumaat dihadiri kira-kira 500 jemaah diimamkan oleh Imam Utama Masjid Ubudiah, Badrul Husaini Baharuddin.

Terdahulu, Badrul Husaini membacakan khutbah khas sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin yang bertajuk ‘Raja Pemerintah; Payung Kedaulatan Negara’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini