Meskipun pandemik COVID-19 belum berakhir, Hari Memperingati Tamat Perang Dunia atau Rememberance Day tetap diteruskan dalam suasana norma baharu. Hari Memperingati Tamat Perang Dunia atau Remembrance Day, yang disambut pada 11 November setiap tahun di Labuan, kali ini disambut istimewa.

Buat julung kali, sambutan itu diadakan berlandaskan SOP dan dalam suasana norma baharu. Ia bagaimanapun kekal bermakna buat ahli keluarga mangsa perang itu, sebagai penghormatan dan penghargaan kepada pejuang yang terkorban.

Sambutan diadakan bagi memperingati tamat perang dunia pertama pada 11 November 1918 serta 3,908 pahlawan perang dari Australia, New Zealand, United Kingdom, India dan beberapa negara Komanwel lain yang menjadi korban perang di Labuan serta sebahagian pantai timur Sabah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini