Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Disember 2021 sebagai Hari Penamaan Calon, manakala Hari Pengundian pula pada 18 Disember 2021 bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12.

Pengumuman dibuat pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR berkaitan PRU DUN Sarawak ke-12, di Kuching.

Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 RTM.

PRU DUN sarawak diadakan berikutan pembubaran DUN sarawak 3 November lepas.

Datuk Abdul Ghani menambah, Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan yang dikemaskini sehingga 2 November 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini