Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai 2022. Perkara berkenaan diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Haji Mohd Aseral Jusman sebentar tadi. Beliau berkata demikian menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam ini.