Isu kebersihan dan kesihatan pastinya menjadi keutamaan apatah lagi negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19.

Pastinya timbul kebimbangan ketika berada di kawasan sesak terutama apabila mahu menggunakan fasiliti awam khususnya tandas.

Signifikan dengan sambutan Hari Tandas Sedunia ketika negara dilanda Covid-19, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan tandas awam terutama di kawasan tumpuan awam perlu ditingkatkan.

Ini termasuklah pantai peranginan negara Port Dickson yang menjadi antara lokasi tumpuan awam untuk percutian.

Justeru, Majlis Perbandaran Port Dickson giat melaksana Kempen Sanitasi dan Desinfeksi serta Kempen Kebersihan Tandas awam di bawah agenda Nasional Malaysia Sihat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini