Harimau Malaya yang diselamatkan di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun disahkan MATI semalam. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Perhilitan……. pada 19 Julai, tarikh ia ditangkap, PERHILITAN mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kaki dan keradangan mata.

Harimau yang dikenali sebagai “Awang Besul” itu telah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar NWRC, Sungkai, Perak bagi mendapatkan rawatan.Ketika pemantauan, pihak NWRC mendapati terdapat tanda-tanda klinikal neurologi seperti tidak agresif, sawan dan jangkitan saluran pernafasan.Bagaimanapun, untuk keselamatan penduduk sekitar Kampung Besul Lama, PERHILITAN masih memantau kawasan itu dan memasang perangkap harimau.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini