Kemunculan seekor harimau belang di luar kawasan Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang membimbangkan penduduk sekitar.

Kejadian itu dirakam guru sekolah tersebut, petang semalam.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima aduan terbaharu berkaitan kemunculan harimau belang daripada penduduk Pos Balar.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan, sama ada ia daripada kumpulan harimau belang yang berkeliaran di Pos Bihai, sejak sebulan lalu.

PERHILITAN telah menggerakkan anggotanya ke lokasi kejadian untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Jumaat lalu, seorang Ielaki Orang Asli, Anek Along, 59 tahun, ditemui maut selepas dibaham seekor harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini