Aksi pusingan kelayakan Kelayakan Piala Asia 2023. Skuad Harimau Malaya mengotakan janji menghadiahkan kemenangan pertama dalam kempen ini apabila menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan E, malam tadi.

Kesemua gol tersebut dijaringkan pada babak pertama. Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Malaysia yang memburu 3 mata dalam perlawanan ini, mula mendahului Turkmenistan seawal minit ke-10 menerusi pemain sayap, Safawi Rasid.

Lima minit kemudian, tiba giliran Faisal Halim menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila menggandakan kelebihan Harimau Malaya.

Turkmenistan cuba melawan dengan mengejar kedudukan 2-1 pada minit ke-37 hasil jaringan Altymyrat AnnadurdyĆ½ew yang mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan negara.

Bagaimanapun, pemain pertahanan, Corbin Ong kembali memberi kelegaan buat penyokong tanah air apabila meledakkan gol ketiga sebelum rehat. Keputusan itu menyaksikan Malaysia mengutip 3 mata untuk berada di kelompok dua teratas Kumpulan E. Selepas ini skuad negara akan berdepan Bahrain pada Sabtu untuk aksi kedua kumpulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini