Skuad Harimau Malaya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdepan pasukan Bangladesh, malah mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 malam ini.

Penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustafa menyuarakan keyakinan itu, sekiranya pasukan negara mengekalkan momentum terbaik mereka seperti sebelum ini.

Berdasarkan rekod perlawanan, pasukan Bangladesh juga mempamerkan skuad kebangsaan mereka mempunyai beberapa kelebihan yang baik. Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Reaksi UiTM, turut memuji transformasi positif yang telah dilakukan oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Antara perubahan yang berjaya dilakukan; semangat berpasukan, tingkah laku dan juga disiplin kepada barisan pemain utama yang telah diberikan amanah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini