Kelayakan Piala Dunia 2022.

Harry Kane mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak hatrik bagi membantu England meraih kemenangan 5-0 menewaskan Albania dalam aksi Kumpulan I di Stadium Wembley.

Dalam perlawanan tersebut hatrik Kane hadir pada minit ke-18, 33 dan minit ke-45.

Dua lagi gol England diperoleh menerusi Harry Maguire pada minit kesembilan dan Jordan Henderson pada minit ke-28.

Kapten England itu kini menyamai rekod Jimmy Greaves sebagai penjaring keempat terbanyak sepanjang zaman pada 44 gol dan menghampiri Wayne Rooney yang mendahului dengan 53 gol.

Dalam pada itu, England kini masih memerlukan satu mata untuk layak ke Piala Dunia di Qatar tahun depan apabila bertandang ke San Marino Isnin ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini