Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai menjalankan Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata JTPGN akan membentangkan hasil kajian, serta akan membuat syor tentang kadar dan liputan gaji minimum kepada Majlis Perundingan Gaji Negara pada Khamis, 18 November ini.

Mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], Perintah Gaji Minimum hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun.

PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Februari 2020 dan kajian semula perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kuat kuasa perintah tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini