Tular sebuah video seorang lelaki berpangkat atok mempamerkan skil piping di atas sebuah kek menjadi buah mulut warganet.

Cukup hanya dikenali sebagai Atok, berusia 89 tahun dilihat begitu tenang dan teliti menulis perkataan jawi selain mahir menggunakan beg paip tersebut.

Difahamkan tulisan jawi yang ditulis adalah berbentuk doa-doa harian.

Video tulisan jawi atok ini mendapat pujian warganet dan telah berjaya menarik perhatian sebanyak 742 ribu penonton.

Ruangan komen turut dibanjiri pesanan pelanggan yang berminat dengan hasil tangan atok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini