Berhati-hati dengan taktik tawaran pakej badal haji terutama yang tidak menyatakan secara jelas siapa pelaksananya.

Bukan itu sahaja, pakej harga amat mencurigakan dan tidak berasas sedangkan kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kos permit haji pada kadar tertentu termasuk untuk rakyat tempatan.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah, berkata lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan sengaja mengaut keuntungan.

Arab Saudi menetapkan kos permit kira-kira SR10,000 (RM11,727) dengan penguatkuasaan ketat dan disebabkan itu adalah mustahil sekiranya pelaksana badal haji mengambil upah terlalu murah.

Manakala senario di Malaysia, ada yang mengambil upah badal haji pada pakej serendah RM500, RM1,500 bahkan ada yang menawarkan RM2,500 hingga RM3,000.

Malah katanya, sesetengah mendakwa upah akan diberi kepada pelajar di Mekah, sedangkan kalau pelajar itu hendak mengerjakan haji, mereka perlu ada permit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini