Orang ramai diminta terus berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca terutama ketika fenomena air pasang besar yang dijangka berterusan selama seminggu bermula 2 hingga 8 Januari ini.
 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, sebanyak 37 penempatan di Terengganu dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena tersebut. 

400 pegawai dan anggota JBPM digerakkan bagi memantau secara berkala kawasan berisiko. 

Md Hilman ditemui semasa membuat tinjauan air pasang besar di Kampung Losong, Kuala Terengganu.
 
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke pantai bagi menyaksikan fenomena air pasang demi keselamatan mereka

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini