Haziq Abdullah yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia Datuk Asmawati Ahmad, dalam kenyataan, berkata Haziq Abdullah dibebaskan kira-kira pukul 5.45 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Dang Wangi. Terdahulu, Haziq Abdullah tiba di IPD itu pada kira-kira pukul 4.30 petang diringi beberapa anggota polis. Haziq diwakili empat peguam diketuai Ramesh Sivakumar. Menurut Ramesh, anak guamnya tidak mahu diganggu dan masih belum bersedia untuk bertemu media. Tambah beliau, pihaknya dimaklumkan tidak ada sebarang sekatan dikenakan ke atas Haziq untuk ke luar negara setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini