Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet ; ditahan pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Berdasarkan tiket penerbangannya, Dia dijadual berlepas ke Manila . Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq Abdullah, 27 tahan, ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, KLIA, Sepang. Haziq Abdullah, yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ditahan pada jam kira-kira 6 petang oleh sepasukan pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi membantu siasatan polis. Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam aksi seks bersama seorang yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini