Menjelang aksi kejohanan badminton Indonesia Master 2021 esok.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan optimis dengan kemampuan pemainnya, Lee Zii Jia.

Menurut beliau pemain berusia 23 tahun itu perlu berdepan pelbagai cabaran sebelum meraih kecemerlangan.

Juara All England itu tidak dapat mempamerkan aksi yang cemerlang dalam beberapa kejohanan yang berlangsung sejak September lalu.

Bagaimanapun, beliau berjaya mara ke pusingan akhir pada kejohanan Hylo Open baru-baru ini sebelum menarik diri di set penentuan akibat kecederaan.

Pada kejohanan Indonesia Masters di Bali, Zii Jia dijadual bertemu Rasus Gemke namun penyertaan beliau masih belum terjawab.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini