Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, PH, Datuk Saifuddin Abdullah, mengharapkan ‘politik kotor’ berkenaan, dihentikan bagi mengelak amalan memfitnah dan tuduh-menuduh. Situasi itu, menurutnya tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak. Tambahnya, beliau mengalu-alukan pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis mengambil tindakan segera dalam isu berkenaan. Beliau menyatakan demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen dan PH Indera Mahkota dekat Kuantan, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini