Tentera Israel menyerang dan menyuraikan sekumpulan aktivis yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di luar Masjid Ibrahimi di Hebron, selatan Tebing Barat.

Tunjuk perasaan itu sebagai membantah rancangan Presiden Israel, Isac Herzog untuk meraikan Cuti Hanuka dengan melawat tapak yang dianggap suci oleh orang Islam itu.

Tentera Israel yang berkawal menyerang penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera Palestin. Lawatan Herzog disifatkan sebagai satu provokasi, pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap tapak suci berkenaan.

Masjid Ibrahimi yang menempatkan makam Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi Yaakub menjadi kawasan yang ‘tegang’ selama beberapa dekad terutama selepas pendudukan haram Israel.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini